NADI MAHIR Foto sesi 1 – Tips untuk Content Creation
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto sesi 1 – Tips untuk Content Creation. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada 02:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, encik Fahmi Samsudin menceritakan bagaimana beliau bermula dengan menjadi sebagai seorang Content Creation iaitu pada tahun 2016 dengan mula berjalan-jalan ke Cambodia bersama ibunya. Seterusnya, encik Fahmi Samsudin menceritakan beliau pernah dipanggil oleh TV Al Hijrah, Bismillah AdDhuham Astro OASIS, Am Pm Live dan Astro Ria. Selain itu, encik Fahmi Samsudin menceritakan cara beliau mengekalkan sebagai Content Creation iaitu dengan memberikan apa yang penonton mahukan, beliau bukan sahaja memberikan dirinya malah masa itu kepada mamanya dan mencipta momentum untuk kepercayaan dan kesetiaan daripada penonton. Akhir sekali, encik Fahmi Samsudin menceritakan tentang waktu kemuncaknya iaitu dapat bersama-sama ibunya setiap hari 24 jam dan kedua-dua mereka menerima tawaran menunaikan ibadah umrah yang mana segalanya ditanggung sepenuhnya.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai Content Creation. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: